hello

Slider

Viral

Informasi

Berita

Hiburan

Kisah Menarik


Baru baru ini terserempak dengan seorang kenalan lama bernama Aman. Sembang punya sembang, beliau menceritakan kisah isterinya telah buat ‘hal’. Jamilah ( bukan nama sebenar ) telah kantoi dengan suaminya sendiri kerana ‘makan luar’, berpunca akibat pergaduhan di dalam rumah tangga mereka.

Aman 31 tahun menceritakan, kejadian itu berlaku selepas seminggu hubungan dengan isterinya agak dingin.

” Sebelum ni memang aku selalu bergaduh namun kemarahan isteriku akan reda bila dipujuk..” Aman memulakan cerita.

“Pada malam itu aku baru balik dari kedai selepas membeli rokok. Tiba-tiba aku lihat isteri aku keluar dengan keretanya. Aku merasa pelik, biasanya kalau dia keluar dia akan meminta izin daripadaku. Aku pun berniat untuk mengekori keretanya dari belakang. Tidak dinafikan, penampilan isteriku yang cantik membuatkan lelaki mana yang melihatnya pasti akan tergoda. Sebelum ini pun rakan karibku pernah memberitahu bahawa isteriku memang cantik. Jadi di masa yang sama juga aku sudah terfikir yang bukan-bukan tentang kelakuan isteriku malam itu..” cerita Aman lagi.

” Setelah 30 minit mengekori kereta isteri dengan motor EX-5 buruk aku ni, tiba-tiba dia berhenti di hadapan sebuah restoran dan bergegas keluar dari keretanya.”

” Eh!! Dia nak jumpa jantan mana pulak ni?” tambah si Aman.

” Setelah menunggu hampir 10 minit, aku pun perlahan-lahan mengikuti dari jauh, bimbang isteriku perasan kedatangan aku di situ. Pada fikiranku, kalaulah dapat aku bersemuka dengan mereka berdua, memang aku akan kerjakan cukup-cukup.”

” Tuhan saja yang tahu perasaan aku pada masa itu, aku melihat sendiri isteriku makan di luar seorang diri di restoran itu dengan sungguh berselera.”

“Sampai hati dia makan tak mengajak aku pun, padahal aku sendiri pun belum makan lagi sejak dari siang tadi…Maklumlah, seminggu bergaduh., lauk satu apa pun aku tak beli.Padan dengan muka aku..”

Kata si Aman dengan muka selamba. Hihi jangan marah ye!

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Post a Comment


Top